MEMBEBEL - Jeles Letew Takde DSLR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Korang semua penah nmpk gambar ni kan? Aku penah post gambar ni kat entri ni last month:
Truth Hurts.

Smlm aku tersinggah kat entri yg lebih kurang sama kat blog Obe, dia post gambar ni jugak last February dan skrg ni dah cecah 231 comments (bapak banyak siyal). Link - Serius Fakta - Fakta yg amat sesuai

Since aku tgh bosan, aku pun go thru la entri tu dan baca beberapa comments kat situ.
Dan aku ternampak la beberapa komen dari beberapa insan yg ckp pakai otak yg terletak di kepala lutut seperti berikut:





 


Masing-masing bajet bagus, komen tak pakai otak. Cakap main ikut sedap mulut + taip ikut sedap jari jek.

Isu ni aku dah bangkitkan dlm artikel MEMBEBEL - Kita Dulu Pun Macam Tu Jugak
So aku ingat nak highlight kan balik point-point yg aku dah ketengahkan dlm artikel aku tu:


1. Photoshoot dgn DSLR mahal-mahal pun edit pakai Photoshop, apecer?

Wey, kau tau tak dlm DSLR dan High End Compact Camera ada format RAW selain JPEG? RAW nak di convert jadik JPEG tu wajib di edit la. Kau ingat golongan professional tak edit langsung ke?

So kau rasa kau boleh dpt gambar yg mantap without editing? Take my camera, pergi handle 1 wedding/engagement job dan hasilkan album TANPA edit gambar-gambar tu. Ada bran?

Pastu sukati diorang ah, gambar diorang. Bukan diorang curik gambar kau utk di-edit pun.
Plus apa guna ada software editing kalau tak pakai?


2. Pakai AUTO mode je, watpe?

Again, sukati la, dah kamera diorang ada mode AUTO, pakai je la.Plus kalau dah diorang baru jek beli kamera tu, belum reti nak pakai Manual mode, biaq p la diorang nak pakai landcape mode ke, gambar org lari ke apa ke. 
Korang sakit jari ke tiap kali diorang pakai mode AUTO?


3. Nak beza photographer dgn noob senang je - noob pakai kitlens

So you are judging them based on gears and equipments? Oh anda sungguh meleis. Kang kalau diorg bwk keluar lens 70-200 F2.8 kau nak cakap apa plak?


4. Tanya apa itu aperture shutter semua tak tau. Reti show off je. Pfffttt.

Kau ingat semua org yg beli DSLR tu wajib belajar habis segala isi kandungan isi perut jantung otak kamera diorang tu? Maybe diorang beli just nak capture better photos, utk family, travel, just for fun etc etc.

Bole tak nnt sumtimes kalau kita jumpa, aku nak tanya habis psl specification laptop atau phone kau - memory berapa, processor berapa GHz, capacity phonebook berapa besar etc etc?
Dan kalau kau tak pandai jwb, aku nak cakap kau noob + show off. Boleh?

Kalau diorang mmg nak belajar tu bagus la, tapi kalau tanak pun lantak diorang la. Bukan menyusahkan kau pun.

Eh lg satu, nnt jumpa kau, aku sendiri nak tanya kau apa itu ISO, aperture dan shutter speed. Agak-agak boleh jwb? Kalau tak tau, then just STFU & GTH, oke?


5. Suka sangat show off tayang camera tu sana sini

Mana kau tau diorang showing off? Ada cop mohor "Show off" tertampal kat dahi diorang ke? If yes, then aku pun nk ckp ada cop mohor "Jeles letew takde DSLR" kat dahi korang.

Again, kamera diorang, bukan kamera kau. Sukati diorang la. Beli kamera mahal-mahal pastu nnt simpan kat rumah je, watpe? Nanti kena bahan jugak. Oh so meleis. Kau mesti butthurt sbb tak mampu beli DSLR kan?


6. Budak sekolah pakai Mark IV

Mungkin dia tu dari Kelab/Persatuan Fotografi sekolah, so mungkin DSLR tu sekolah punya, atau parents dia punya. The point is - bukan kau, diulangi BUKAN KAU yg belikan. Bukan pakai duit kau pun. Bukan pinjam dari kau pun. Gasak la dia nak pakai DSLR model apa pun.

Pakai entry level DSLR kena label sbg noob.. pakai pro DSLR kena label sbg show off. You guys are really butthurt sbb takde DSLR aren't ya?

Overall, aku tak paham kenapa dgn sikap ke-menyampah-an yg melanda pd mereka yg bwk DSLR sana sini ni pastu pakai AUTO mode ni. Setiap org belajar dari bwh. Kalau diorg simpan je kamera tu kat rumah, camne diorang nak belajar?

Korang sendiri pun, beli iPAD/Blackberry/iPhone mahal-mahal, takkan nk simpan dlm rumah je kan?

Lenkali ckp tu biar bijak sikit. Ni cakap main ikut sedap oren je.

Last but not least - korang yg komen kat atas tu, jeles lettewww takde DSLR.

dicetak 100% dari Ejad Fotopoyo

5 ulasan:

Zac Rega berkata...

nice one <3
double double double !!! (Y)

Aerol Hafiezi berkata...

@Zac Rega

hehe ^^ peace

thisisaina berkata...

thumbs up . diorang boleh cakap pakai mulut tapi bila suruh buat comfirm FAIL ! ahaha

Aerol Hafiezi berkata...

@thisisaina

btol3 hehehe

Tanpa Nama berkata...

hahah aku suka!!! maen pakai ank tekak je mgata org yg pakai DSLR ni..haha

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers