Ombak Rindu 4Juta 4 Hari mengalahkan Filem Hollywood




Hari pertama tayangan Ombak Rindu sudah mendapat kutipan kasar RM750,000. Selepas 4 hari tayangan Ombak Rindu berjaya mencapai kutipan RM 4 juta, sekaligus berjaya mengalahkan filem blockbuster Hollywood Twilight Saga The Breaking Dawn yang ditayangkan awal lagi.
Terbaru Aaron Aziz di facebooknya, menulis kutipan Ombak Rindu sudah mencapai 5.2 Juta, di sukai oleh 25, 937 orang.




Pengarah Osman Ali mampu terseyum puas setelah beberapa filem dia sebelum ni gagal mencapai kejayaan di pawagam. Apakah faktor-faktor kejayaan filem ni ye? Selain para pelakonnya yang hebat, tentu promosi dan peminat setia novel ni jugak tertarik untuk menonton filem cinta yang asyik diperkatakan dari sebelum ditayangkan hinggalah sekarang ni..
Penonton bijak menilai filem
Saya rasa ia bukan sebab aksi ranjang yang ada dalam filem ni yang jadi daya tarikan..sebab filem ni bukan menonjolkan sangat pun aksi ranjang..semua penonton di Malaysia ni bijak menilai sekarang, dan kita jangan fikir filem yang promosikan aksi ranjang atau dedah sana -sini tu akan berjaya di pawagam..penonton bijak menilai jalan cerita dan lakonan, boleh fikir mana satu filem yang baik atau tak.


Daya tarikan pelakon-pelakonnya, kita tau Lisa Surihani , Maya Karin dan Aaron Aziz sentiasa ada peminat tersendiri. Pelakon utama Aaron Aziz memang ada aura dan mampu menarik peminat peminatnya, Lisa Surihani pun memang tak kurang hebatnya, walaupun dia bawa watak yang jahat.
Aaron Aziz pelakon yang berbakat..tak kira watak apa, dia boleh jadi jahat, macam dalam Evolusi KL drift2, boleh jadi romantik mcm dalam Nora Elena, jadi kejam dalam Jiwa dan Lara..dia mcm ikon la..mcm hero malaya pujaan wanita masa kini..boleh kot dikatakan mcm tu :)
Promosi filem ni dari awal lagi sudah dibuat oleh media -media hiburan, para blogger ( ya para blogger..memang ramai memperkatakan tentang filem ni secara tak langsung mempromosikan filem ni kan). Penggunaan facebook twitter dan you tube..sudah cukup memberitahu semua orang tentang filem ni..rata-rata bercakap pasal filem ni. Memang ia satu fenomena baru untuk filem cinta tahun ni :) . Pendek kata kalau sesebuah filem tu bagus..tak perlu kita paksa orang untuk datang tengok.


Ini membuktikan filem tempatan mampu bersaing dengan filem luar negara. Hebat kan. Tahniah kepada semua pelakon dan tenaga kerja Ombak Rindu , pengarahnya, serta penulis novel Fauziah Ashaari ( novel ni mempunyai pembaca setia yang ramai).
Review Ombak Rindu

p/s: jangan ada yang frust menonggeng pulak kalau tiket wayang nak tgk Ombak rindu habiss..hehe

3 ulasan:

Cynthia Lee berkata...

Bestke cerita ombak rindu ni ? Like banyak kot orang keeping watching this movie haha :)

Amalina Lee berkata...

Uh, Lina dah berapa minggu tunggu tiket, asyik FULL. Fed-up sudah ;p

Tanpa Nama berkata...

Fuuyyooo ! Cayalah....tp,org ckp citer ni ada part yg x bagus..betul ke ?

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers