surat untuk adik.. .al-fatiha



Photobucket
Maaf jika entri ini membuatkan seseorang berasa sedih dan terkilan. Setiap orang didunia ini tidak mampu lari dari satu perkara yang dinamakan mati. Mati itu adalah wajib bagi setiap orang, akan tetapi kita sebagai manusia tidak mampu mengetahui bilakah hari itu akan berlaku. Setiap orang juga pernah merasakan saat2 sedih itu, tidak kira berlaku pada diri ataupun orang lain. Jika engkau mengerti apakah erti kesedihan, maka engkau pasti tahu akan hati dan perasaan mereka2 yang sedang sedih. Allah itu maha adil dan jika die mengatakan KUN FAYAKUN, tidak ada seorang pon yang mampu untuk menolaknya.

Terkadang aku berjalan keseorangan mengenangkan nasib diriku dan keluargaku. Ingin aku berkongsi satu surat yang tidak pernah aku kongsikan kepada sesiapa pun. Surat ini hanya terletak dihati aku. Hati yang meraung kesakitan malahan keperitan yang tidak dapat engkau rasakan.
Muhammad Fitri bin Mohd Nazli. Adik kedua didalam keluarga aku. Dia telahpun meninggal dunia akibat menghadapi kanser barah otak (Brain Cancer). Dia telah meninggal pada 13.3.2006. Sudah hampir 5 tahun dia meninggalkan aku. Aku sangat sayangkan dia melebihi segalanya. Dia adalah jantung hati yang selalu berdegup untuk menyelamatkan jangtungku. Adik, abang nak minta maaf jika ada melakukan kesalahan pada adik. Abang nak mintak maaf jika berkasar pada adik. Ingat tak masa kita selalu main game sama2, adik selalu nak main sorang je. Kita selalu bergaduh sebab nak main game. Kalau main dua orang pon adik asik kalah je kan. Adik ingat tak yang kite selalu main layang2 petang2, adik selalu bergadoh dengan abang kononya siapa yang layang2 terbang paling tinggi. Bila layang2 dah rosak mesti nak buat lagi. Sampai asik kene marah dengan mak je kan.
Ingat lagi tak adik selalu duduk kat hospital je. Abang selalu datang kat sana bawakkan hadiah untuk adik. Hospital tu dah jadi macam rumah kedua adik kan. Abang selalu menangis bila tengok adik 24 jam asik muntah je sebab penyakit tu. Abang selalu menangis bila adik cakap adik rasa sakit sangat. Adik ingat tak ? Yang kita selalu mintak mak duit sebab nak beli jajan dekat sana. Mase haritu adik nak operation, abang selalu berdoa semoga adik cepat sembuh dan nanti boleh lah kita main2 lagi kan. Bila adik dah habis operation, lepastu lagat adik macam orang yang dah sihat, berlari sana berlari sini. Tapi masa haritu adik sakit balik dan adik dibawa ke hospital. Abang ingat nak ikut, tapi mase tu waktu abang nak PMR. Abang tak senang duduk bila dapat tahu ketumbuhan dekat kepala adik tu tumbuh balik. Doktor cakap adik dah takda harapan lagi. Tinggal dua tiga bulan ja. Tapi kita orang buat tak tau je kan. Macam takda apa2 yang berlaku.
Satu haritu adik cakap adik nak balik rumah nenek. Nak tengok nenek kat kampung, emak bawak adik pergi sana. Dah sampai sana adik asik baring je. Adik minta mak buatkan air ribena kesukaan adik tu. Waktu malam pulak adik cakap nak jumpa abah. Tapi abah sibuk, jadi tak dapat jumpa. Masa malam tu badan adik panas sangat. Abang nak pegang pon tak boleh, sebab macam air panas yang menggelegak. Pagi esoknya badan adik dah tak bergerak, tapi mata, kaki dan tangan adik boleh bergerak. Abang ingat adik dah pergi, tapi tidak !! Emak rasa tak sedap hati sebab masa tu adik taknak makan dan minum. Jadi mak telefon lah ambulans untuk bawak adik pergi hospital. Sebab kalau kat sane adik tak nak minum ke makan ke nanti diorang masukkan air guna jarum. Jadi petang tu ambulans nak datang. Sebelum ambulan datang abah nak tengok lah adik sebab adik tak nak minum dan makan kan.
Waktu abah datang je adik pandang abah lepastu senyum. Mase tu mulut adik keluar banyak darah. Abang dah meraung kesedihan sebab taknak adik pergi. Tak lame tu hidung adik pula keluar darah. Banyak sangat, abah, nenek dan yang lain semua lap darah tu dan mase tu adik masih lagi ada. Tetapi lepas je 5 minit, adik dah tak bergerak. Mase tu jugak ambulan baru sampai. Abang melolong nak adik bangun. Tapi adik dah tak dengar lagi. Doktor mengesahkan yang adik dah pergi dulu. Abang tak tau nak cakap ape masa tu. Allah je yang tahu macam mana hati dan perasaan abang mase tu dan pada malam tu adik telah dikebumikan dengan tenang.
Kenapa adik pergi dulu ni, sapa nak temankan mak kat rumah nanti. Bile lagi kita nak main game sama2, main layang2 sama2. Sape lagi yang nak bergadoh dengan abang nanti. Adik tak sayang dekat abang ke, abang rela pergi dulu sebelum adik. Mak sayang sangat dekat adik. Dia selalu rindu dekat adik, adik nak tau. Mak sekarang jaga anak jiran sebelah. Muka dia sebijik macam adik. Bile mule2 mak jaga tu, abang menangis sampai rasa macam nak bunuh diri. Tapi abang tau yang Allah tu sangat sayang dekat adik. Adik selalu cakap dekat abang yang jangan buat mak marah. Jaga mak dan apa semua. Abang takkan lupa kata2 adik tu. Abang nak adik tau yang abang sentiasa rindu dan sayang dekat adik. Mak pon sudah merelakan pemergian adik.
Surat ni abang harap adik akan tengok dan baca. Kalau adik senyum dekat sane abang lagi akan gembira dekat sini tau. Kitorang semua berharap adik ditempatkan dengan orang2 yang beriman . Amin. Semoga roh adik tenang disana ye. AL FATIHAH………

4 ulasan:

Lulu Caldina berkata...

al-fatihah, bertabahlah.. semoga dia tenang disana..

irdinasyazwani berkata...

semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman . aminnn .

al-fatihah .

Aerol Hafiezi berkata...

sebenar nya posting ini dari rakan blogger saya :)

Qil_H0shi berkata...

al-fatihah :)

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers