BAHAYA... .produk yang mengandungi lemak BABI


Bahan campuran dalam makanan dan juga minuman seringkali menimbulkan ragu-ragu terhadap produk tersebut terutamanya yang terdapat KOD E iaitu bahan campuran yang mengandungi lemak babi. Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat di pasaran seperti ROTA, CRISPY, CADBURY dan sebagainya dikatakan mempunyai campuran lemak babi. Malah ramai juga yang menuding jari mempertikaikan tugas pihak JAKIM kerana kecuaian dalam menyemak sesuatu produk untuk mendapatkan kesahan halal bagi tujuan untuk dipasarkan kepada orang Islam. Ya, memang tidak dinafikan memang terdapat sesetengah produk makanan dan minuman yang sememangnya mengandungi lemak babi telah dipasarkan segala gelap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memalsukan logo halal. Namun tahukah anda, menurut pihak JAKIM mengenai KOD E seperti yang dinyatakan di bawah merupakan kod-kod yang di gunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. Bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber kimia dan tumbuh-tumbuhan. Untuk pengetahuan juga, pihak JAKIM telah menyemak dan memeriksa seluruh produk makanan dan minuman yang terdapat KOD E, dan hasilnya merupakan kumpulan yang tidak kritikal. Sebagai contoh, makanan ringan ROTA yang mengandungi E 110 bukanlah daripada lemak babi tetapi merupakan pewarna tiruan iaitu Sunset Yellow CFC (sumber asal). Akhir sekali jadilah pengguna Islam yang bijak, kajilah terlebih dahulu sebelum bertindak melulu tanpa sebarang bukti yang sahih...
















0 ulasan:

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers