5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati Para wanita

<


Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata

akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.
Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.
Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para wanita cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-

Situasi 1
Tangan anda memegang si dia dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si dia. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3
Semasa si dia ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya


Situasi 5
Si dia yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit? (Perbuatan ini tidak digalakkan sama sekali bagi tidak mengundang keburukkan! kerana ingin merampas)
Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si aweks anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.

sumber utama

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers