Jika
anda seorang wanita, jangan sesekali terperangkap dengan mainan cinta
seorang lelaki buaya. Anda perlu pandai untuk menentukan sama ada lelaki
itu layak atau tidak menjadi pasangan anda dengan melakukan beberapa
penilaian terhadap dirinya.
Adakah dia merenung anda seolah – olah hanya anda seorang sahaja wanita di dunia ini?
Lihat
mata pasangan anda. Adakah dia selalu merenung tepat ke arah mata anda?
Adakah ketika dia merenung mata anda, anda rasa seperti tersipu – sipu
malu? Anda cuba untuk melawan renungannya tetapi anda kalah pada
akhirnya. Jika ini terjadi cuba anda senyum padanya dan lihat bagaimana
reaksi dia. Jika dia sayangkan anda, di saat ini anda boleh rasa sendiri
di dalam hati anda.
Adakah dia selalu ingin berdua – duaan dengan anda?
Lelaki
yang suka anda secara ikhlas selalu ingin berdua – dua dengan anda. Dia
tidak akan lakukan sesuatu yang seksual tetapi dia cuba tunjukkan pada
anda bahawa dia sesuai untuk anda. Dia akan cuba kagumkan anda dengan
bermacam-macam cara. Sebagai wanita, anda perlu fokus bahawa lelaki
perlu mengorat perempuan.
Berapa kali dia cuba call handphone anda?
Adakah
anda bosan dengan panggilan darinya? Memang dia suka akan ada dengan
ikhlas, sebab itulah dia sentiasa call anda untuk melepaskan rindu di
dadanya. Dia tidak memaksa anda untuk keluar dengannya tetapi dia
memujuk anda untuk keluar dengannya.
Untuk
pengetahuan anda, jika anda selalu terserempak dengan seorang lelaki,
ia bukanlah hanya kebetulan. Lelaki tersebut berusaha untuk mendekati
anda. Dia mahu anda perasan akan kehadiran dirinya dalam hidup anda.
Adakah dia cuba untuk membuatkan anda rasa istimewa?
Dia
akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anda rasa istimewa. Contohnya
dia akan cantikkan penampilan dirinya supaya anda selesa dengannya. Dia
juga akan memuji anda dengan bersungguh – sungguh sehingga anda rasa
sangat terhibur dengan pujian – pujian yang di hamburkan oleh dia.
Adakah dia selalu ambil berat akan anda?
Jika
dia selalu ambil berat akan anda, perasaan dia terhadap anda sudah
melebihi tahap sementara. Perasaan dia terhadap anda sudah kekal dan dia
akan sentiasa memberi anda kata semangat. Dia tidak serius terhadap
anda jika dia hanya ambil berat kadang – kadang atau tidak pernah kisah
akan perasaan anda.
Adakah dia nampak gembira dan sentiasa membalas senyuman anda?
Bila
anda keluar dengannya, anda boleh nampak kegembiraan di sinar matanya.
Dia sentiasa senyum akan anda seolah – olah anda adalah seseorang yang
sangat bermakna padanya.
Sumber: ukirancinta.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan