Friend zone (proses ditinggalkan kekasih)

Gua ada berlambak kenalan, ramai kawan, beberapa sahabat dan sedikit musuh. Definisi kenalan, kawan, sahabat dan musuh gua dah tulis kat entry sini. Walaupun gua ramai kawan lelaki dan perempuan, tapi semua sahabat baik gua adalah lelaki. Gua tak percaya yang ikatan & hubungan sahabat baik / best friend / BFF boleh wujud di antara lelaki dan perempuan. Persahabatan baik antara lelaki dan perempuan hanya boleh wujud dikalangan pasangan yang bercinta, kekasih dan suami isteri.



Orang lelaki ni adalah sejenis makhluk yang cepat perasan. Kalau ada orang perempuan (terutama yang cun melecun, bitchy, hot meletop, milf) tetiba nak berkenalan, berbaik2 dengan kita, like status Facebook kita, dengan cepatnya kita perasan mesti perempuan tu minat kat kita dan kita mulalah syok sendiri, mula berharapan, padalah perempuan tu hanya nak berkawan2, nak masuk group assignment kita, nak cari teman meluahkan masalah dia dengan balak dia dan lain2.


Bagi seorang lelaki, apabila dia cuba mendekati dan berkawan rapat dengan seseorang perempuan, selalu nak telefon, sentiasa nak ajak berbual, mengambil berat dan caring, sanggup menghabiskan duit belanja makan, beli hadiah untuk perempuan itu, sanggup buat apa sahaja demi perempuan itu, tidak lain dan tidak bukan dia mesti memasang niat untuk mengambil hati perempuan itu dan nak jadikkan perempuan tu awek dia. Aku tak percaya ada orang lelaki yang sanggup buat semua tu hanya semata2 nak jadikan perempuan itu kawan biasa.


Tapi bagi perempuan pula, kebanyakannya tidak faham akan orang lelaki, terutama perempuan yang merasakan diri mereka popular dan hot. Apabila ramai lelaki yang hendak berkawan rapat dengannya, ambil berat kepadanya, dia akan menganggap semua lelaki itu hanya mahu berkawan dengannya sahaja, padahal semuanya memasang angan2 agar si perempuan itu jatuh hati pada mereka. So bila satu hari salah seorang daripada BFF lelakinya nak approach dan meluahkan perasaan pada perempuan itu, dan perempuan tu menolak dengan memberi alasan yang dia belum bersedia nak bercouple, atau sudah ada kekasih, atau lebih teruk dia tu rupanya dah ada suami, pertalian BFF itu akan terus putus dan lelaki itu akan mengundur diri daripada terus menjadi sahabat baik or even kawan biasa kepada perempuan tersebut, walaupun perempuan itu berkata "It's cool, we can still be friends, rite?"... No, its not cool at all.


Sebab tu lebih ramai orang lelaki terperangkap dalam "Friend zone" atau "Zon kawan" berbanding wanita, sebab kebanyakan wanita menganggap it's OK to be just friends dengan BFF lelakinya padahal lelaki tu punyalah syok kat minah tu, tapi sebab masih menganggap diri mereka masih ada harapan, mereka terus berkawan baik dengan perempuan tu. Bagi yang tak faham istilah friend zone, ni gua petik dari wiki:
In popular culture, the "friend zone" refers to a platonic relationship where one person wishes to enter into a romantic relationship while the other does not. It is generally considered to be an undesirable situation by the lovelorn person. Once the friend zone is established, it is said to be difficult to move beyond that point in a relationship.

Ok definisi kat wiki tu mungkin ayat dia sastera sikit, so ni gua petik sikit contoh dari urban dictionary:
Girl: "I love you (Insert the poor bastard's name here,) but I dont want to ruin a great friendship by dating you."
Guy: "Well why the fuck did I waste two months on you?"

So lepas ni orang perempuan harap maklum, kalau ada orang lelaki yang terhegeh2 nak berkawan rapat dengan kita, kalau korang tak minat dengan lelaki tu, jangan layan dan bagi harapan palsu pada dia, jauhkanlah diri dari mereka, secara automatiknya mereka akan faham. Kalau mereka tak faham jugak, cakap je yang korang dah ada boyfriend ke, tunang ke, sure lelaki tu terus tak kacau hidup kau. Tapi kalau lelaki tu jenis spesis yang hampir pupus tak reti bahasa jugak, unfriend dia kat Facebook, block no. handphone dia, report kat mak bapak korang.

Dulu masa kat sekolah menengah dan universiti dulu, pernah ada awek yang mungkin minat kat aku, kira secret admirer la, hantar surat kat aku, selalu kirim salam kat aku, tapi bila aku tau siapa awek tu (masa tu muda lagi, awek2 tu pun tak berapa nak cun, biasalah memilih konon), aku terus buat tak tahu dan tak layan langsung, surat dan salam dia tidak aku balas sebab aku tak nak bagi harapan palsu kat kat diorang, last2 awek tu pun faham kot dan dah tak kacau hidup aku lagi.


Tapi yang bestnya, aku jugak pernah kena friendzone, lahanat sungguh. Aku minat betul dengan awek tu, lepas tu aku cuba nak berkawan, dan dia pun layan je aku. Bila aku ajak keluar, dia keluar, ajak lepak dia lepak, ajak tengok wayang dia OK je, ajak gi main tenis, dia ikut jugak. Aku pernah tanya dia, dia dah ada pakwe ke belum, dia cakap dia tak suka couple2 ni sebab mak bapak dia tak kasik. So sifat jantan aku dah mula mencanak naik, level perasan aku dah over 9000 dan aku rasa aku ada peluang yang tinggi. So pada satu hari bila aku nak approach awek tu dan aku cakap aku suka kat dia, dia reply yang sebenarnya dia dah ada pakwe, dan dia tak beritahu aku sebab dia tak nak hilang kawan, tapi dia juga suka dan sayang kat aku, tapi bukan sebagai kekasih, tapi lebih macam abang, adik beradik... DAFUQ??? Aku dengan malu dan kecewa meminta izin untuk beredar dari situ dan lantas no. telefonnya ku padam. 2 3 hari lepas tu dia SMS aku tanya ke mana aku menghilang, kenapa tak contact dia lagi, dah tak nak berkawan dengan dia lagi ke? "WOMEN, Y U SO HARD 2 UNDERSTAND???"


10 tahun lepas tu aku masih membujang... menyesal aku tak layan secret admirer yang minat kat aku dulu tu.





Level Friendzone paling cibai - bila BFF perempuan korang cakap yang koranglah kawan paling terbaik dan best yang dia ada, tapi dalam masa yang sama dia tengah couple dengan douchebag.


tags: friendzone friend zone zon kawan lelaki perempuan wanita gadis gurls girl tidak wujud ikatan sahabat kawan baik best bff secret admirer sa awek pakwe makwe boyfriend girlfriend couple douche bag kahwin pasangan cinta harapan friendship platonic bro bud adik beradik your favorite martian band song ray william johnson youtube rwj

Credit:
http://buasirotak.blogspot.com/2012/06/perempuan-jangan-friend-zone-kami.html

2 ulasan:

Sofinah.L berkata...

saya rasa ikut penerimaan seseorang kot. hehehe...

sebab saya ramai kawan lelaki berbanding perempuan. huhu..

saya ada bestfren lelaki di mana dia ada pasangan malah pasangannya adalah kawan saya juga. macam tu juga saya, saya ada pasangan juga. So, kami sudah berempat =)

tapi ada kes2 yang kamu tuliskan d atas ada yang saya pernah alami juga. ada yang faham, ada yang tidak. Yang tidak faham2 tu, mmg dah reject gedebak la. haha..apa bulih buat.

yang faham dan stay tu, saya layan as fren. macam biasa. tpi kawan2 biasa je la tak ada la dok buat apa2 macam dalam cerita kamu. sanggup belikan itu ini? oh TIDAK! T_T tidak sanggup saya.

well, nice entry! hehe...

selamat berpuasa kamu..

Sofinah.L berkata...

Lets join me buat duit before 27/08/2012 thru FB atau BLOG. Lepas 27/08/2012, PRELAUNCHX akan mengenakan bayaran sebanyak RM100. Sekarang percuma lagi ni! CEPAT!

Lawati link ini untuk join ---> http://prelaunchx.com/x/sofinah169

#PRELAUNCHX ialah company under FOREX.FOREX tu company matawang dunia dan Malaysia ada juga FOREX.

Artikel menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lik lak,kejap jeww ^^

Daisypath Anniversary tickers